BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 29, 2009

hati perempuan ini.............

lately byk sgt gaduh ngan dia...... bkn sengaja nk gaduh...

x susah nak faham hati perempuan ini...

x byk yg perempuan ini dambakan....susah ke nak faham hati perempuan ini...

dia pernah luahkan rindu pada perempuan ini.dia nyatakan cinta pada perempuan ini. dia agungkan perempuan ini sebagai permaisuri. dia jadikan perempuan ini berlainan dari yang lain, yang utama.

kenapa sekarang tak lg...mengapa berhenti berusaha? mengapa? kerana perempuan sudah mencintaimu maka dia harus berhenti berusaha menawan perempuan ini? kerana itulah perempuan kerap mengungkit silamnya, kerana dia rindu pada insan yang dicintainya. insan yang menjadikannya permaisuri

bila perempuan tersentuh jiwanya dengan gasakan hidup. fikirnya hanya mahu bermanja.. menceritakan kepada lelaki. bukannya leter bukannya omelan yang dilafazkan.

bukannya tidak mampu menyelesaikan sendiri kerana perempuan ini juga dikurniakan akal oleh Maha Penyayang jauh sekali berputus asa.

kerana perempuan ini mahu dia berada di sisi. supaya dirinya tahu ada insan di sampingnya dan bukti diri tidak bersendirian menahan gasakan hidup itu. perempuan tidak perlukan penyelesaian daripada lelaki.

dia,.........
akalmu tinggi, pandanganmu jauh. tuhan meletakkan kepimpinan dibahumu. lenturan itu bukan ditolak,teguran itu ingin didengar....namun caranya perlulah berhemah.bukankah suaramu itu indah di pendengarannya? jgn ditinggikan suara mu..... perempuan ini takut...


perempuan dan lelaki, belajarlah memahami satu sama lain, perbaiki kelemahan diri sendiri.


kebahagiaan itu bukanlah satu matlamat dihujung hari, tetapi suatu perasaan yang dilalui sepanjang hayat. belajarlah mencintai baik buruk diri sendiri, kerana daripadanya kita akan mengetahui halusnya cara mencintai yang lain, dengan ikhlas.

nota kaki: his heart is oblitereated...i'm trying to travel through....* hugs *

1 comments:

aiManYgCoMeL said...

i'm so sorry sayang..
please forgive me..
xnak gaduh2 lagi